Monday, January 3, 2011

Muhasabah

assalamualaikum


tadi saya came across satu blog ney..pastu saya terbaca satu entry die pasal ayat kat bawah ney..tibetibe hati saya rasa sayu..taktau kenape..


waktu saya kecik dulu, umi salu ajar saya baca ayat ney..umi kata bagus amalkan ayat ney..baca tiap hari lepas solat..and so on and so for..tapi saya baca kadang2 je..atau lebih tepat lagi jarang2 je..jgnkan lepas solat, dalam satu hari belum tentu baca..dan selalunya tak pernah teringat pun nak baca..bodohnya saya..betapa jahilnya saya..tak mengamalkan ilmu tu berdosa..tapi kenapa saya lupa??kenapa saya take for granted sume ape yg saya ade??


alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya..Dia tak biarkan saya terus hanyut mcm tu je..dan Dia sebenarnya nak bagi saya peringatan melalui blog org ney..hanya kepada Allah lah kupanjatkan segala kesyukuran..insyaAllah..lepas ney saya akan terus amalkan ayat ney mcm ape yg umi ajar sampai akhir hayat saya..Ya Allah..berilah kekuatan utk hambaMu ini..


a'uzubillahiminasy syaitahanir rajiim..
Surah Taubah (9:128-129)
Terjemahannya:Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Sollallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman (128) Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar.(129)"

Antara fadhilat ayat ini:
1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Ilmu pemanis alhikmah yang berasal dari ayat al-qur'an ialah surah at-taubah. Dan surah ini memiliki banyak khasiatnya, antaranya ialah:
1. Penunduk 
2. berkarisma
3. Perukun suami / isteri
4. Orang akan segan
5. penjahat akan takut melihat atau menggangu
6. Rezeki yang sempit akan di luaskan dan akan mendapat rezeki dengan tidak disangka (layahtasib).
7. Panjang Umur
8. Orang akan kasih dan sayang.
9. Sebagai penawar penyakit jika diamalkan selalu.
10. Tidak akan dimakan gaman, kebal senjata tajam, terhindar dari bahaya.

t.h.a.t. i.s. f.o.r. t.h.i.s. t.i.m.e.

No comments: